Astro Umum Keuntungan Mula Merosot. Tetapi Ribuan Dipenuhi Emoji Ketawa Jadi Persoalan Ramai
Penurunan dalam permintaan serta hasil langganan dan penangguhan acara sukan adalah cabaran yang akan menyulitkan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) bagi mendapat lonjakan pada tahun akan datang.
RHB dalam satu nota penyelidikan menjelaskan, ia menurunkan unjuran pendapatan teras untuk tahun kewangan yang akan datang selepas menjangkakan penyusutan dalam hasil dari tahun ke tahun Astro.
” Kami mejangkakan pendapatan teras tahun kewangan 2021 terus jatuh sebanyak 11 peratus berikutan penundaan kandungan sukan (Olimpik dan Euro 2020).
” Kos purata wajaran kami dinaikkan kepada 9.8 peratus berbanding sembilan peratus sebelumnya bagi mengira masuk premium berisiko tinggi yang terkait dengan pandemik serta perubahan dalam tingkah laku pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Public Investment Bank berkata, selepas Astro mencatatkan hasil yang lebih rendah dalam suku pertama, ia mengurangkan anggaran pendapatan tahun kewangan 2021 sehingga tahun kewangan 2023.
” Pandemik COVID-19 membawa impak yang tidak pernah berlaku, menghasilkan separuh pertama yang sangat lemah.
” Bagaimanapun, kami berpendapat, pendapatan mampu pulih secara beransur-ansur pada suku yang akan datang selepas ekonomi dibuka semula,” katanya.
Bank pelaburan itu juga mengunjurkan pendapatan separuh kedua Astro yang lebih tinggi disebabkan oleh tahap kemusiman.
” Kumpulan ini terus menjadi kegemaran kami memandangkan kemampuannya untuk memberi tindak balas yang pantas dalam menyesuaikan diri dengan normal baharu, pengoptimuman kos yang berterusan dan keupayaannya bagi merebut peluang dalam mewujudkan aliran pendapatan baharu melalui platform beli-belah, jalur lebar, kandungan ‘over the top’ (OTT) dan digital,” katanya.
Keuntungan bersih Astro susut kepada RM73.84 juta untuk suku pertama berakhir 30 April 2020, daripada RM76.20 juta yang dicatatkan sebelum ini.
Ribuan emoji ketawa ‘sambut’ berita itu
Sementara itu, menerusi pemerhatian di ruangan komen di Facebook, segelintir warganet mempersoalkan kewajaran lebih 2100 emoji tanda ‘ketawa’ yang diberikan warga maya ke atas artikel berita tersebut.
” Sepertinya ramai yang gembira melihat sesebuah syarikat mengalami kerugian. Tidakkan mereka tahu, ramai orang-orang susah yang bekerja di sana..adakah anda mentertawakan mereka itu juga?” komen Anas.
” Kalau ketawa sebab astro rugi, mungkin korang kena fikir balik..kalau syarikat rugi camna dorang nak bayar gaji pekerja..dgn keadaan skang ramai diberhentikan kerja, tak mustahil boleh jadi kat astro..dah la ramai anak melayu kerja situ” komen Izhar
Dalam pada itu terdapat juga warganet yang menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang melanggan saluran televisyen berbayar itu. Mungkin disebabkan itu, emoji ‘ketawa’ itu merujuk kepada individu yang ada pengalaman pahit dengan Astro.
Untung bersih Astro susut
Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 susut kepada RM462.92 juta daripada RM770.64 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2018.
Pendapatan turun kepada RM5.48 bilion berbanding RM5.53 bilion sebelum ini berikutan penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan tetapi ini telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.
Pengurangan dalam hasil langganan adalah disebabkan oleh pembelian pakej yang lebih rendah, manakala pendapatan iklan pula dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan, kata pembekal televisyen satelit berbayar itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pendapatan asas sesaham juga merosot kepada 8.88 sen daripada 14.79 sen sebelumnya.
Mengenai masa depan, Astro menjangkakan tahun kewangan 2020 akan terus mencabar dan ia perlu mengukuhkan cadangan nilai pelanggannya melalui inisiatif seperti pakej jalur lebar, tontonan yang lancar merentasi semua skrin, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan penglibatan yang lebih intim dengan pelanggan.
Kumpulan juga berhasrat untuk menggunakan kelebihan terunggulnya iaitu kandungan, ini akan dibuat dengan mengukuhkan kandungan tempatan serta Asia melalui kerjasama strategik bagi menangani selera penonton setempat dan serantau.
Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk mempelbagaikan hasil kumpulan, syarikat akan terus memanfaatkan asas pelanggannya bagi menawarkan penyelesaian pengiklanan dan sasaran pemasaran, direalisaikan melalui data serta analisis bagi memacu perolehan pengiklanan dan komersial.
-BERNAMA