Menggelupur Keracunan, Lelaki Gigih Selamatkan Kucing Nyawa2 Ikan

Kucing adalah antara binatang yang paling banyak dipelihara oleh manusia. Bukan sekadar haiwan peliharaan, binatang-binatang ini juga mampu menyelam isi hati dan memberikan satu perasaan damai kepada si tuan empunya.
Sungguhpun begitu, tidak semua orang senang dengan kehadiran binatang-binatang ini. Sehinggakan binatang-binatang ini diperlakukan dengan kejam dan menyiksa mereka tanpa berhati perut.
Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, memaparkan kegigihan seorang lelaki warga Indonesia berusaha untuk menyelamatkan seekor kucing jalanan yang nyawa-nyawa ikan. Kucing tersebut dilihat menggelupur dan hampir sahaja maut akibat diracun.
Video Player
00:00
00:52
Lelaki itu dilihat terus-menerus menyuap secara kucing berkenaan air kelapa hijau dan ubat kepada kucing malang berkenaan walaupun keadaannya masih menggelupur. Dia juga dilihat memberikan bantuan pernafas kepada kucing walaupun haiwan itu tidak henti-henti mengeluarkan buih dari mulutnya.
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak terus menjatuhkan hukum kepada haiwan-haiwan terutamanya yang terbiar di jalanan. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi ini seperti hidupan yang lain.